Inisiatif Rebat Solar SuRIA Home

Program SuRIA Home (Sustainable Rebate & Incentive Assistance) merupakan inisiatif kerajaan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bagi menggalakkan penggunaan tenaga solar di kediaman persendirian. Inisiatif ini membantu pemilik rumah mengurangkan kos pemasangan sistem solar bumbung melalui pemberian rebat sehingga RM3,000.

Melalui program ini, pengguna domestik yang memasang sistem Solar ATAP dan memenuhi syarat kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar, dengan maksimum sehingga 5kWac. Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan bil elektrik bulanan, malah menyokong usaha negara ke arah penggunaan tenaga hijau yang lebih mampan.

Program SuRIA Home dibuka kepada pemasangan solar yang mula beroperasi sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota nasional dipenuhi. Permohonan adalah berdasarkan konsep “first come, first served”, menjadikan sekarang masa yang sesuai untuk mula beralih kepada tenaga solar bagi kediaman anda.

Kelebihan SuRIA Home

  • Rebat kerajaan sehingga RM3,000
  • Pengurangan bil elektrik bulanan
  • Mesra alam & tenaga lestari
  • Meningkatkan nilai hartanah
  • Pulangan jangka panjang yang lebih berbaloi