Ramai tak sedar rumah mereka sebenarnya perlukan pendawaian semula (rewiring). Ini tanda-tanda yang anda perlu ambil serius:
Lampu berkelip tanpa sebab
Soket longgar atau tidak berfungsi
MCB kerap trip
Bau hangit dari suis atau plug
Rumah lama (lebih 10-15 tahun)
Jika anda alami salah satu tanda ini, jangan abaikan. Ia mungkin petanda sistem elektrik sudah tidak selamat.
Pendawaian lama biasanya tidak mampu menampung penggunaan elektrik moden seperti aircond, water heater dan peralatan berat.
👉 Rewiring bukan pembaziran — ia pelaburan keselamatan.